Ke ribaan suamiku yang tersayang…
Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.
Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.
Perpisahan
ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini
menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali
mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai
kerana Allah – cinta yang lebih suci.Kita dipaksa berpisah untuk
“dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu
banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan
kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu
sakit, ubatnya pahit.
Sayangku,Hadapilah
kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata
tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa
berdoa untukmu.
Ya Allah…Ampunilah
dosa-dosa suamiku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan
taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa,
jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim…Berilah dia
kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar
ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah.
Bimbinglah
kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya
dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk
mendidik.”“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak dirinya semanis wajahnya.
Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan,
seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan
dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”“Ya
Rabbi…Lembutkan hati suamiku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu.
Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu.
Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih
pada-Mu.
Hancur dan remuk-redamlah dirinya
dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai
hamba-Mu.”Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih
ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk
membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk
bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta
yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu
cinta hakiki, berpisahkan pun masih bertemu. Justeru, perpisahan ini untuk
menyelamatkan.
Perpisahan ini adalah
mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu
“reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar
semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan
selain-Nya.Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa,
anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan
pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas”
pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa,
anak dan saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi
bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu
terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa
untuk meneruskan hidup.
Dan paling
khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid. Sayang… bergantunglah pada
Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah
janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak
dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan
ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti
datang.Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti
kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah?
Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya,
fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.
Oh!
Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.Angkuh betul kita dengan
‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan
lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk
memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!Tidak sanggup
kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini,
alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara…
aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku
kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya.
Inilah
intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat
pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan
dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat
perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu
yang terbaik.Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang
takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu
keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan
diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran,
keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.
Sayangku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!
No comments:
Post a Comment