Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday 27 May 2012

"...WAHAI PENCIPTA CINTA..."




Ya Allah

Jodohku ditanganmu

Kalau benar

Cinta aku pada si dia

Hanya menambah timbunan dosa

Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…

Harapanku…

Pintaku dengan harap…

Harap dengan sangat…

Penuh rendah diri sebagai hambamu

Kurniakan aku masjid yang sempurna

Dengan jodoh yang baik-baik

Penuhi pertemuan dan perpisahannya

Dengan iman, nur dan rahmatmu…

Biar jodohku itu…

Buatkan aku dekat padamu Ya Allah

Biar jodohku itu…

Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku

Biar jodohku itu…

Buatkan aku lebih mencintaimu

Lebih dari segalanya Ya Tuhan…

Ya Allah…Amin…







p/s >>> untuk insan teristimewa dalam hidupku ABD WAHID B. AHMAD a.k.a ABG BEN BUNCET kesayanganku...semOga kebahagiaan itu kekal milik kita berdua..andai aku ditakdirkan untuk pergi sebelummu..izinkan aku tetap bersemadi di dalam hatimu selama-lamanya agar cinta ini terpahat dalam sejarah cinta kita...




"...PASRAH PADAMU..."





Ya Allah…
Aku hambaMu yang lemah ini,
Yang terlalu hina disisiMu,
Aku ingin memohon ampun ya Allah,
Banyak dosa yang telah aku lakukan,
Ampuni dosaku yang telah lalu ya Allah,
Ampuni dosaku yang sekarang ya Allah,
Ampuni dosaku yang akan datang ya Allah.

Ya Allah…
Engkau peliharakanlah aku,
Jauhilah aku dari maksiat,
Jauhilah aku dari zina ya Allah.
Sesungguhnya aku manusia biasa yang juga mempunyai nafsu,
Mungkin aku boleh elak zina tangan,
Mungkin aku boleh elak zina kaki,
Tapi ya Allah,aku tak kuat untuk mengelak zina mata dan hati ya Allah.

Ya Allah..
Begitu juga pada sahabat-sahabatku,
Engkau peliharalah mereka,
Dekatkan lah mereka dengan kebaikan,
Lembutkanlah hati-hati mereka supaya senang menerima kebenaran.

Ya Allah…
Berilah aku kekuatan dan semangat untuk aku belajar ya Allah,
Berilah aku peluang untuk membalas jasa MAK dan BAPAK melalui kejayaanku ini,
Janganlah Engkau tarik nyawa kedua mereka sebelum aku sempat memberi mereka sedikit kebahagiaan dunia ini ya Allah…





p/s >>> maafkanlah andai diriku pernah terkasar bahasa atau menyakitkan hati kalian...




Wednesday 23 May 2012

"...HIDUP TAK SEINDAH PELANGI..."






“Inikah ujianMU YA ALLAH...

Aku melangkah dan terus melangkah dalam kepayahan..
Aku menangis, menangis dan tersedu dalam perjalanan itu,
Aku redha atas ketentuanMU, Namun.. aku mengaku, aku tak mampu menolak rasa hiba dan pilu..Aku diuji dengan pelbagai perasaan, Aku diuji dengan kesakitan, Aku diuji dengan penderitaan.. Namun aku sedar, semua ini adalah pinjaman, semua kesakitan pasti membuah bunga kebahagiaan di akhirat kelak...
Aku sedar aku insan biasa yang tak bias lepas dari kesilapan,
Baik dan sempurna di mataku bukan bermakna sempurna dimataMU Ya ALLAH..
Begitu rendahnya aku disisiMU YA ALLAH.. namun, berkat nilai kesabaran yang KAU anugerahi, aku cekal meniti kepedihan.. 
Dalam kebuntuan dan kepedihan yang menghiris setiap urat dan nadiku, aku diberikan kekuatanMU.

Aku jua dikurniakan seorang sahabat yang mampu menjadi penawar dan penasihat dalam kehidupanku.. Aku bersyukur YA ALLAH.. Dalam kepayahan kau berikan aku sinar untuk menerangi jalan yang perit untuk kulalui.. Dalam kesakitan aku memperoleh ubat yang mujarab, dalam kepahitan aku merasai kemanisan.. Dalam tangis aku peroleh tawa dan ria, dalam air mata aku temui ketenangan... Aku bersyukur Ya ALLAH.. Aku bersyukur.. Lebih manis rasanya mengalirkan air mata di atas tikar sejadahMU dari ku menangis di hadapan seorang sahabat yang tidak mampu menghargai dan menilai keikhalasan sebuah persahabatan,.. Aku bersyukur YA ALLAH, aku dikurniakan sahabat yang hanya mahukan kesenangan dariku, namun tidak mampu berkongsi masa sukar denganku.. 

"...Aku mencari ketenangan dalam kepayahan.. kerana aku yakin setiap yang sukar pasti ada kemudahan.. “ 

Tuesday 22 May 2012

"...KISAH CINTA KITA..."





















p/s >>> CINTA mengajar erti berkorban untuk orang yang kita sayang dan menggembirakannya hingga ke akhir hayatnya...itulah namanya CINTA SEJATI...:')




:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::




Jika kamu memancing ikan......
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL... :')





p/s>>> hargai insan yang tahu nak menghargai kasih sayang kita...

Monday 21 May 2012

"...TIP MENGUBATI HATI YANG LUKA PUTUS CINTA..."


Tip Mengubat Hati Yang Luka Putus Cinta



1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit 



Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Jangan Asyik Risau 


Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi. 



3. Rajin Bersyukur 



Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.



4. Mesti Memaafkan Orang 



Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.



5. Ketawa 



Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?



6. Ubah Fikiran 



Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.



7. Hati Mesti Keras 



Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.









"...BULAN REJAB, BULAN ALLAH..."


Assalamualaikum ustaz,

Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang sudah pun masuk bulan Rejab. Selepasnya Sya’aban & diikuti Bulan Ramadhan. Saya selalu terbaca atau mendengar dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab & ibadah-ibadah sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan ini. Tapi, dalil-dalil ini saya kurang pasti kesahihannya. Boleh ustaz kemukakan dalil-dalil yang sahih berkenaan bulan rejab? Wassalamualaikum wbt.

Jawapan:



Persoalan di atas merupakan persoalan yang selalu ditanya termasuklah kepada ulama terkenal dunia, syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Oleh itu di sini saya ingin membawa pandangan beliau bagi menjelaskan persoalan di atas. Syeikh Qaradhawi berkata dalam kitabnya Fatawa Mua’sorah:
“Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan haram (yang dimuliakan), dan telah disebut oleh Allah swt di dalam kitabnya. Firman Allah swt:
(منها أربعة حرم (التوبة
“Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36)
Empat bulan tersebut ialah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.
Tidak terdapat satu hadith yang sahih mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi saw banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban. Apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, baginda menyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.

Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu suatu yang didustai (atas nama Nabi saw), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama.
Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta.
Antara tanda kedustaan hadith-hadith seperti ini ialah ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan melampau. Para ulama telah berkata:

إن الوعد بالثواب العظيم علي أمر تافه أو الوعيد بالعذاب الشديد
علي ذنب صغير يدل علي أن الحديث مكذوب

Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar terhadap perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras terhadap dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”

Sebagai contoh lain mengenai apa yang didakwa dari perkataan Nabi saw:

“Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik daripada membina 1000 buah masjid.
 Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk seorang yang lapar, pahalanya lebih besar daripada pahala yang diperolehi daripada membina 1,000 buah masjid.
Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk dalam jenis ini. Maka wajib bagi ulama agar dapat memberi perhatian terhadap hadith-hadith dusta seperti ini dan memberi peringatan kepada orang ramai tentang hadith-hadith seperti ini. Nabi saw telah bersabda:

من حدث بحديث يري أنه كاذب فهو أحد الكذابين – رواه مسلم 


(Maksudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia mengetahui hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (riwayat Muslim).
Akan tetapi kadang-kadang seseorang itu tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya adalah hadith palsu.
Oleh kerana itu dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya. Terdapat banyak kitab-kitab hadith yang boleh dibuat rujukan, terdapat kitab-kitab khas yang memberitahu tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima yaduuru ala al-sinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala al-sinati al-Nas oleh al-‘Ajluni, dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib (penceramah) dan memahaminya, agar mereka tidak meriwayat satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.

Sesungguhnya termasuk dalam perkara-perkara yang merosakkan berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith palsu dan hadis yang direka.
Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Semoga Allah swt memberi taufiq kepada para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asli (benar) dari perkara-perkara yang direka, menjelaskan perkara-perkara yang diterima dari perkara-perkara yang ditolak. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.

والله ولي التوفيق

Semoga dengan nukilan ringkas pandangan Dr Yusof al-Qaradhawi di atas dapat memberi kefahaman kepada kita semua mengenai permasalahan ini.

Sekian.
والله أعلم

Rujukan:

1) Dr Yusof al-Qaradhawi, Fatawa Mu’asorah.
Disediakan oleh:Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


"...ANDAI AKU PERGI..."




CERITA

hidup kian berlalu 

membawaku ke penghujung 

kaku langkah kian lemah 

kelu lidah untuk bicara 

langit jingga warna senja 

desir bayu membisik duka 

kealpaan nan semalam 

inginku lepas luka silam... 

bersama rayu DOA 

damba keampunanNya... 


Andai diriku pergi 

tinggalkan mu sendiri 

usah kau sedih 

usah kau tangisi duga dari ilahi 


Andaiku pergi dulu 

tiba tika dan waktu 

telah tertulis takdir untukku 

perjanjian yang Maha Agung 

Rasa gentar rasa rindu 

bertarung di fikiranku 

wajah ceria, senyum manja 

kisah kita menghapus resah 

maafkan diriku kasih 

kerna buat kau menangis 

restuiku dengan cinta 

jangan kau titiskan air mata 

pintaku redhailah 

Terima kasih atas segalanya... 


Hidup ini sementara 

ujian pasti setia hati 

padamu kekasih 

Moga rahmat hidayahMu 

mengiringiku, menemaniku 

Saat akhir waktu 

bersaksi diriku 

tiada yang lain hanya kau satu 

memiliki cintaku 

Ku serah segalanya kepada Mu... 

(Ya ALLAH) 



BUNGA TULIP PUTIH MELAMBANGKAN KEIKHLASAN DAN KESUCIAN HATI...

INGAT BUNGA TULIP INGATLAH CIK NEA ALEESYAH...

Persis Tulip Putih...
"...Melambai lembut, bersih bercahaya..."


p/s >>> jika telah tertulis....semOga diriku mencapai matlamat utk mnuju 'syurga' ilahi & tlh berbakti kpd yg seharusnya..sebelum ia hadir menjemputku...




Sunday 20 May 2012

"...DOA SANG PERINDU..."




Ya Allah aku mohon kekuatan dari-Mu

Tabahkanlah hati kami menghadapi segala dugaan ini

Hati ini terkadang terlalu lemah dan rapuh..

Mudah terusik, mudah tercarik

Menanggapi mihnah dari-Mu

Terkadang aku lupa akan hikmah-Mu



Kuatkan jiwa kami tika berjauhan

Teguhkan hati-hati kami tika berdekatan

Permudahkan urusan kami tika bersama mahupun sebaliknya

Dekatkan jiwa kami dalam redha-Mu


Permudahkan kami untuk hidup bersama dalam kasih-Mu Ya Rabb




p/s >>>> menantikan dirinya yang jauh disana...Ya Allah dekatkan hati-hati kami agar terus berpaut pada dahan kasih sayang ini hingga syurgaMu yang abadi...insyaAllah...








"...AKU MENANGIS LAGI..."


Kenapa aku menangis lagi?

Tak cukupkah tangisan yang kau keluarkan selama ini?

Dikecewakan, disakiti hati ?

Sakit hati lagi.

Sakit lagi.

Kenapa perlu sakit?

Tak perlu fikir sangat apa orang kata.

Jadi diri sendiri.

Banggalah dengan diri sendiri.

Awak terlalu baik, sebab tu jadi camni.

Cuba jadi jahat sikit.

Baru orang respek.


Respek?

Penghormatan?

Perlu ke semua itu?

Ikhlaskanlah hati.

Buatlah segala sesuatu kerana Allah.

Kamu menjadi diri kamu sendiri kerana Allah.

Menangis, Menangis dengan Allah.

Minta, Minta pada Allah.

Minta ampun, mintalah maaf pada-Nya.

Awak masih banyak dosa.

Terlalu banyak!

Sengaja atau tidak sengaja.

Dengan seorang atau dengan sesuatu..

Perlulah bertaubat atas dosa-dosa yang kita manusia biasa,

hamba-Nya yang biasa, yang lemah lagi hina telah lakukan..

Kerana.., bak kata kawan kamu, "Namaku masih di situ"

Namaku masih tercatat di Jahim itu..


Jangan terlalu sensitif,

terbuka sedikit.

Bermacam orang mempunyai pendapat sendiri.

Mungkin kamu rasa harga diri kamu menjadi rendah,

apabila dikatakan begitu.

Memang.

Kalau tidak, tidak airmata ini mengalir lagi.


Berhentilah menangis........


Memang nak berhenti, tapi airmata ni tetap mengalir keluar.

Sakit hati itu terlalu kuat.

Kenapa?

Orang berkata,

kecantikan akhlak itu adalah penting.

Iya, benar katamu.

Tapi orang tak pandang itu nombor satu.

Jadi sebab itu kamu menangis?

Ya.

Kenapa menangis?

Jadilah positif.

Berbaik sangka pada kuasa Allah.

Pasti ada pada pandangan orang lain,

kamu adalah sesuatu yg bernilai dalam hidupnya.

Bersabarlah.


Menangis lagi?

Malulah kamu!

Tangiskanlah airmatamu kerana mengenangkan dosa-dosamu.

Tangiskanlah airmatamu kerana tidak fahami bacaan al-Quranmu.

Tangiskanlah airmatamu meminta ampun dari Dia.

Tangiskanlah airmatamu kerana meminta amalan-amalanmu diterima-Nya.

Tangiskanlah airmatamu kerana sifat alpamu.

Tangiskanlah airmatamu kerana sifat kejimu.

Tangiskanlah airmatamu kerana berserah hati pada-Nya.





Menangis lagi?

Malulah kamu!

Tiada kekasih yang Maha Pemurah selain Allah.

Tiada kekasih yang Maha Menyayangimu selain Allah.

Tiada kekasih yang menyaksikan kecantikanmu zahir dan batin selain Allah.

Tiada kekasih lain yang Maha Pengasih selain Allah.

Tiada kekasih yang mengenalimu luar dan dalam selain Allah.

Tiada kekasih yang selalu akan mengingatimu selain Allah!

Ingatlah kamu kepada Allah...!

Ingatlah kamu kepada Al-Quran!

Ingatlah kamu kepada KEMATIAN!

Qada'kan semua solat-solatmu yang ketinggalan!

Qada'kan semua puasa-puasamu yang ketinggalan!!

Siapa yang akan disoal di kuburnya nanti????


Maaaa robbukaa??? (Siapa Tuhanmu?)

Maaaaa robbukaaaaa (Siapa Tuhanmu?)

Maaaaaaa robbukaaaaaa?!! (Siapa Tuhanmu?)


Mulut hilang upaya berkata-kata,

Kulit mengeluarkan suara,

Mata mengeluarkan suara,

-- Apakah yang kamu lihat semasa hidupmu???? --

Telinga mengeluarkan suara,

-- Apakah umpatan dan kejian menjadi kesukaanmu tuk didengari semasa hidupmu???--

Tangan-tangan mengeluarkan suara,

-- Apakah tangan-tangan ini bersedekah atau digunakan untuk membuat kezaliman pada tubuh sendiri atau pada tubuh manusia lain???--

Kaki-kaki mengeluarkan suara,

-- Adakah kaki-kaki ini gemar melangkah ke tempat-tempat maksiat semasa hidupmu????--


Berhenti!!

Aku adalah temannya,

semasa hidupnya dia selalu menjadikan aku temannya,

Selalu mendalamiku, sentiasa bersama-sama denganku.

Sentiasa memajukan diri untuk mengenaliku, untuk memahamiku..

Aku kini, setelah kematiannya akan menemaninya..,

Sehingga benar syurga itu tempatnya,

sehingga itu aku tidak akan meninggalkannya..

Tidak walau sesaat..


Wahai al-Quranul karim..

Si kacak setia di samping si mati..

Jika benar seperti katamu,

Maka hanya di Jannah Dialah tempat bersemadi...


Maa robbukaaa!! (Siapa Tuhanmu?)

Maaa Robbukaaaaa! (Siapa Tuhanmu?)

Maa robbukaaaa! (Siapa Tuhanmu?)


Terbeliak matanya,

Buku amalannya didatangi di sebelah kirinya,

Malik az-Zabaniyah sedia menantinya..

Menggigil, meraung-raung kekesalan kehidupan dunia...

Tidakkkkkkkkkkkkkk

Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Maka putuslah kesemua amalan anak Adam apabila matinya,

kecuali tiga perkara yang di bawa hingga ke akhirat sana...


Hadith Nabi SAW

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya


Tiada yang kekal selain akhirat sana!

Kamu menangislah untuk cuba memasuki Jannah-Nya!

Layakkah kamu??????

Layakkah kamuuuu?????

Layakkah kamuuuu???????

Menangislah kamu kerana takuti Neraka-Nya!

Malik az-Zabaniyah sentiasa menanti!

Gerunlah akan seksaannya!!!


Menangis lagi????

Menangis lagi????????

Menangis lagi??????????????


Astaghfirullahal `azim...

Astaghfirullahal `azim.....

Astaghfirullahal `azim.......


Ampunkan aku ya Allah...

Aku leka, alpa.

Keduniaan menangiskanku...

Aku terlalu memikirkan pandangan manusia terhadapku..

Hingga lupa apa pandangan-Mu terhadapku..

Ya Allah,

Ampunkan daku...

Alu ini hamba-Mu yang lemah ya Allah...

Yang hatinya terlalu lembut ya Alllah..

Yang telah banyak kali disakiti hatinya ya Allah..

Sensivitiku makin meninggi ya Allah..

Ampuni aku ya Allah...


Aku mahu dekati-Mu ya Allah..

Lindungi aku ya Allah...

Berikan taufiq, Nur dan hidayah-Mu padaku ya Allah...

Aku hamba-Mu yg lemah lagi hina..

Aku hamba-Mu yang serba dhoif ya Allah...

Mengharap akan keredhaan dan rahmat dari-Mu ya Allah...

Kayakanlah hatiku dengan sentiasa mengingati-Mu ya Allah..

Kuatkan hatiku ya Allah...

Sehodoh-hodoh aku di mata insan ya Allah..

Kuharap tidak pada pandangan mata-Mu ya Allah...

Sehodoh-hodoh amalanku di mata insan ya Allah...

Kuharap tidak pada pandangan mata-Mu ya Allah...

Sehodoh-hodoh perbuatanku kerana mahu menyebarkan dakwah ad-Din-Mu di mata manusia ya Allah...

Kuharap tidak pada pandangan mata-Mu ya Allah...

Sehodoh-hodoh alunan bacaan al-Quranku dimata manusia ya Allah..

Kuharap tidak pada pandangan mata-Mu ya Allah...


Rawatlah sunyi hatiku dengan rangkaian zikir yang memujimu ya Allah...

Rawatlah hatiku yang kesakitan dengan alunan wahyu-Mu ya Allah...


Astaghfirullahal `azim...

Astaghfirullahl `azim...

Astagfirullahal `azim...


Alladzi laa ila ha illa...

Huwal hayyul qoyyum wa atuu builaih.....


استغر الله العضيم الذى لا اله الاهو الحى القيوم واتوب اليه

استغر الله العضيم الذى لا اله الاهو الحى القيوم واتوب اليه

استغر الله العضيم الذى لا اله الاهو الحى القيوم واتوب اليه