Assalamualaikum ustaz,
Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang
sudah pun masuk bulan Rejab. Selepasnya Sya’aban & diikuti Bulan Ramadhan.
Saya selalu terbaca atau mendengar dalil-dalil yang menceritakan tentang
kelebihan bulan Rejab & ibadah-ibadah sunat yang digalakkan untuk dilakukan
pada bulan ini. Tapi, dalil-dalil ini saya kurang pasti kesahihannya. Boleh
ustaz kemukakan dalil-dalil yang sahih berkenaan bulan rejab? Wassalamualaikum
wbt.
Jawapan:
Persoalan di atas merupakan persoalan yang selalu
ditanya termasuklah kepada ulama terkenal dunia, syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi.
Oleh itu di sini saya ingin membawa pandangan beliau bagi menjelaskan persoalan
di atas. Syeikh Qaradhawi berkata dalam kitabnya Fatawa Mua’sorah:
“Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang
kelebihan bulan Rejab melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan
haram (yang dimuliakan), dan telah disebut oleh Allah swt di dalam kitabnya.
Firman Allah swt:
(منها أربعة حرم (التوبة“Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36)
Empat bulan tersebut ialah bulan Rejab, Zul
Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.
Tidak terdapat satu hadith yang sahih
mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang
menyebut Nabi saw banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban. Apabila ditanya tentang
tindakan Nabi itu, baginda menyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan
oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith
ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.
Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah,
Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta
dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu
suatu yang didustai (atas nama Nabi saw), hadith ini tidak ada nilai dari sudut
ilmu dan agama.
Demikianlah juga hadith-hadith lain yang
diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa
sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar
sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya
adalah dusta.
Antara tanda kedustaan hadith-hadith seperti ini
ialah ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan melampau. Para ulama telah
berkata:
إن الوعد بالثواب العظيم علي أمر تافه أو الوعيد
بالعذاب الشديد
علي ذنب صغير يدل علي أن الحديث مكذوب
علي ذنب صغير يدل علي أن الحديث مكذوب
Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang
sangat besar terhadap perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras
terhadap dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”
Sebagai contoh lain mengenai apa yang didakwa
dari perkataan Nabi saw:
“Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik daripada membina 1000 buah masjid.”
Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam
teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh
akal, satu suapan untuk seorang yang lapar, pahalanya lebih besar daripada
pahala yang diperolehi daripada membina 1,000 buah masjid.
Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan
Rejab adalah termasuk dalam jenis ini. Maka wajib bagi ulama agar dapat memberi
perhatian terhadap hadith-hadith dusta seperti ini dan memberi peringatan kepada
orang ramai tentang hadith-hadith seperti ini. Nabi saw telah bersabda:
من حدث بحديث يري أنه كاذب فهو أحد الكذابين – رواه مسلم
(Maksudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia mengetahui hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (riwayat Muslim).
Akan tetapi kadang-kadang seseorang itu tidak
mengetahui hadith yang diriwayatkannya adalah hadith palsu.
Oleh kerana itu dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya. Terdapat banyak kitab-kitab hadith yang boleh dibuat rujukan, terdapat kitab-kitab khas yang memberitahu tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima yaduuru ala al-sinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala al-sinati al-Nas oleh al-‘Ajluni, dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib (penceramah) dan memahaminya, agar mereka tidak meriwayat satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.
Oleh kerana itu dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya. Terdapat banyak kitab-kitab hadith yang boleh dibuat rujukan, terdapat kitab-kitab khas yang memberitahu tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima yaduuru ala al-sinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala al-sinati al-Nas oleh al-‘Ajluni, dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib (penceramah) dan memahaminya, agar mereka tidak meriwayat satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.
Sesungguhnya termasuk dalam perkara-perkara yang
merosakkan berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan
yang direka bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia,
hakikatnya ianya adalah hadith palsu dan hadis yang direka.
Oleh kerana itu kita perlu membersih dan
menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Semoga Allah swt
memberi taufiq kepada para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai
perkara-perkara yang asli (benar) dari perkara-perkara yang direka, menjelaskan
perkara-perkara yang diterima dari perkara-perkara yang ditolak. Dan kita
hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah
mereka terangkan.
والله ولي التوفيق
Semoga dengan nukilan ringkas pandangan Dr Yusof
al-Qaradhawi di atas dapat memberi kefahaman kepada kita semua mengenai
permasalahan ini.
Sekian.
والله أعلم
Rujukan:
1) Dr Yusof al-Qaradhawi, Fatawa Mu’asorah.
Disediakan oleh:Ustaz Ahmad Zainal
Abidin
Setiausaha MUIS
Setiausaha MUIS









No comments:
Post a Comment