Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday 29 April 2012

♥ Bakal Teman Hidupku ♥


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,

Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, ketaatan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dalam menuju redha ILAHI,

selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga...

Tidak Ku impi…..
Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret kisah masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Aminnnnn…





♥ Saya Rindu Awak ♥



Saturday 28 April 2012

"...saat hati terusik..."




Mungkin bila hati kita terluka,kita menjadi insan yang lebih menghargai di masa akan datang.Kita lebih menghargai ungkapan insan lain,pemberian insan lain,luahan insan lain...

Mungkin bila hati kita terluka,kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang...
Mungkin bila hati kita dilukai,kita mula mengerti bahawa tak semua orang dapat membahagiakan kita,tetapi selagi kita berusaha membahagiakan orang lain,kebahagiaan tetap akan datang pada kita suatu masa nanti...

"Kebahagiaan itu umpama kupu2.Jika dikejar,ia akan pergi.Jika dibiarkan,ia akan singgah di bahumu."

Terima kasih hati,kerana engkau lebih mengerti tentang kehidupan ini.Diri ini tak tahu nak cakap apa,cuma tersenyum.Tak perlu kata apa-apa... 
Mungkin bila hati menangis,baru kita mengerti bagaimana sakitnya hati insan yang pernah terluka sebelum ini...


Take time to smile because it is a music of heart...
Selamat Malam Dunia...Semoga Ada Sinar Kebahagiaan Untuk Hari Esok...
'Dunia yang indah tak dapat dilihat,kecuali oleh orang yang selalu optimis dalam hidup dan individu bijak tidak akan membiarkan cinta menjadi racun hidupnya.' 

tanpa kekecewaan hidup ni tiada indahnya ... tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya ...yang paling penting jagalah iman ..jaga diri dan hiasa peribadi ..
Carilah Penawar Di Setiap Kedukaan

andainya hari ini hati kesakitan ..cubalah tengok hari esok dan carilah ubat untuk setiap kelukaan itu ... kalau hendak berada di alam kemanisan ..bangunlah dan jauhi kelukaan itu ..bangun dengan penuh semangat dan berazam ...
Yang lepas biarkan ia berlalu...Kita teruskan hidup baru.kan hari esok masih cerah untuk kita?


"...KU INGIN BAHAGIA..."



pejamkan mata, bila ku ingin bernafas lega...
dalam anganku, aku berada di satu persimpangan...

Kerana aku disapa ujian, aku belajar mengenal erti kehidupan.  
Bahawasanya hidup bukan sahaja bertemankan suka dan bahagia.  
Tetapi dicorak juga dengan hampa dan air mata.  
Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa digenggam.  
Aku belajar menjadi insan matang.  
Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  
Bukan merungut mencipta sesalan.  
Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  
Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna. 
Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  
Tidakku cemburu menatap kelebihan mereka.  
Kerana ku yakini bahawa  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  
Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.
Aku tersedar dari lamunan panjang,
walaupun kita merancang,  
Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  
Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Setiap yang datang pasti  akan berlalu. 
 Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  
Lalu ku isikan hari-hariku menagih cintaNya.. apakah aku bisa meraihNya?
Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar..
Dengan cintaNya, Dia mengukuhkan kembali hatiku yang layu..
Demi Allah, hatiku milikMU..tuntunlah hatiku ya Rabb :'(



Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya aku akan belajar dari segenap peristiwa.

 Terima kasih, Ya Allah.

"...JUJUR AKU MERINDUKANMU..."




Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah bibirmu terus menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindukanmu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca di antara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan Al-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menempatkan kita di jalan yang benar. Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku meluahkan ungkapan-ungkapan ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.



Salam hormatku dan sayangku untukmu…


"...kerana aku mencintaimu..."










Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu

Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu

Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu

Kerana cintaku padamu,

Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram

Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh

Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah



Kerana cinta ini,

Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,

Ku tak ingin mempesonakan mu,

Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,

Atau pun menaruh harap padaku.

Maka biarlah……

Aku bersikap tegas padamu,

Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,

Biarkan aku bersikap dingin,

Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,

Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….

Semua itu kerana aku mencintaimu,

Demi keselamatanmu,

Demi kemuliaanmu.



Sebab…

Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….

Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..

Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..

Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..

Namun bagiku… Aku mecintaimu dengan menundukkan wajahku pada mu,

bukan karena ku ingin berpaling darimu,

tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..

Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,

bukan kerana aku ingin menyakitimu,

namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,




bukan kerana ku membencimu….

Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..

Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..

Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..

Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..

Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….






Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~



Monday 23 April 2012

"... SEGALANYA KU TERIMA..."


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.






Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.



Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.






Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

...........................................................................



"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

...........................................................................................



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."






p/s::::: ajal dan maut semua di tangan Tuhan...Allahualam...