Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday 28 April 2012

"...KU INGIN BAHAGIA..."



pejamkan mata, bila ku ingin bernafas lega...
dalam anganku, aku berada di satu persimpangan...

Kerana aku disapa ujian, aku belajar mengenal erti kehidupan.  
Bahawasanya hidup bukan sahaja bertemankan suka dan bahagia.  
Tetapi dicorak juga dengan hampa dan air mata.  
Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa digenggam.  
Aku belajar menjadi insan matang.  
Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  
Bukan merungut mencipta sesalan.  
Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  
Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna. 
Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  
Tidakku cemburu menatap kelebihan mereka.  
Kerana ku yakini bahawa  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  
Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.
Aku tersedar dari lamunan panjang,
walaupun kita merancang,  
Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  
Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Setiap yang datang pasti  akan berlalu. 
 Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  
Lalu ku isikan hari-hariku menagih cintaNya.. apakah aku bisa meraihNya?
Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar..
Dengan cintaNya, Dia mengukuhkan kembali hatiku yang layu..
Demi Allah, hatiku milikMU..tuntunlah hatiku ya Rabb :'(



Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya aku akan belajar dari segenap peristiwa.

 Terima kasih, Ya Allah.

No comments:

Post a Comment