Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, 22 March 2013

AL-FATIHAH - 7 TAHUN PEMERGIANNYA... :')



Assalammualaikum...

Berat rasanya hati nie...tak tau camne utk aku memulakan kata-kata... Sudah tertulis dalam nota hidup kami, bertemu dan akhirnya berpisah. Sesungguhnya kuasa Allah tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubahnya. Ajal maut , jodoh dan pertemuan telah ditetapkan ole NYA. Maka aku fikir, tak perlu bersedih bermuram durja sampai bila-bila. Aku harus redha dan bertawakal kepadanya dan percaya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Insan tersayang telah ditimpa kemalangan. Hancur luluh hati ni bila melihat dirinya terkujur kaku diatas katil. Rupanya pertemuan kami pada 2 hari sebelumnya adalah yang terakhir. Memang ada sedikit rasa terkilan dihati, tapi Alhamdulillah .. Allah masih mengizinkan aku bersamanya sehingga nafasnya yang terakhir. Jujur, memang hati ini tidak dapat menerima apa yang berlaku. Bermacam2 bermain di minda.. Apa yang harus aku buat, bagaimana aku selepas kehilangan dia? Semuanya bercelaru didalam kepala. Ya Allah, sungguh besar dugaanmu buatku. Alhamdulillah, aku masih punya dua keluarga dan kwn2 yg tak putus2 memberi kata-kata semangat.

Kami bertemu untuk waktu yang singkat. Setahun dua bulan kami bersama, Ajal memisahkan kami. Kini dia hanya tinggal kenangan yg terindah buat diriku.

Ya Allah, berikanlah kekuatan utkku melangkah meneruskan hidup...

Sayang, semoga damai dan tenang disana.
Al-Fatihah..



****************************************************************

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya. 


Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.

Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T.


# awak, berbahagialah disisi Sang Pencipta... :') 

No comments:

Post a Comment