Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, 1 March 2013

DIA IMAM HATIKU ~ :)


Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..
Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang Pertama men
...ujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya..

# teristimewa buat insan yang bertakhta di hati ini Abdul Wahid Ahmad..setia padamu hingga hujung nyawa...




Thursday, 11 October 2012

"...CINTA SANG KEKASIH..."

renungan...


Bagi aku...cinta sejati hanya cinta kita kepada Allah sebagai hamba-Nya.itulah cinta yang cukup sejati.Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,Allah sentiasa dekat dengan kita, tak kira di mana jua.
Tapi sebaik-baik calon pasangan hidup ialah seseorang yang
baik akhlak agamanya,
berasal dari nasab yang baik-baik,
memiliki harta,
kemudian baru rupa paras yang handsome atau cantik.
Mungkin ramai yang bercinta kerana
dia handsome atau cinta
anda bercinta kerana harta dunia,
tapi ramai yang lupa mahu mencari pasangan yang baik akhlak dan agamanya.
Cinta sesama makhluk hanyalah cinta yang semntara,
cinta yang tak kekal lansung.
Cinta itu boleh terputus ditengah jalan,
sama ada maut yang memisahkan kita
atau
tiada lagi jodoh sesama mereka.
Aku percaya cinta sesama makhluk boleh dipupuk.
Jika kita percaya dengan Qada' dan Qadar Allah,
InsyaAllah,
kita akan berusaha membina masjid tersebut.
Semua terletak pada diri masing-masing,
Pilihlah mana-mana sekalipun,
Solat Istikharah jalan penyelesaiannya,
percayalah dengan pilihan Allah,
kerana
sesungguhnya cerita hidup kita sudah tercatat di Luh Mahfuz...



"...UJIAN HATI..."

Dalam derita ada bahagiaDalam gembira mungkin terselit dukaTak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamuBibir mudah mengucap sabarTapi hatilah yang remuk menderitaInsan memandangMempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu..

"...DIA YANG SATU..."

Wahai yg bernama suami, dengarlah.. coretan ini buat awak !


Jika isteri menangis dihadapanmu…
hargailah dia sebelum terlewat..
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tanganny
a saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu..
Dia akan menurunkan rasa EGOnya...

Wahai suami2...
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian.. betapa dia amat memerlukanmu saat itu..
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam...

Wahai suami2..
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin..kerana keputusanmu, kau bakal merosakkan kehidupannya!

Saat dia menangis dihadapanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya yang sedang berkaca itu.. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang ditanggungnya kerana perbuatanmu..?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Di sebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

Tutur katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya...

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...

TAPI dia sering dilupakan oleh seorang yang paling hampir dengannya, yang sering di depan matanya, yang apabila orang itu sedang berduka dengan masalah yang melanda, dialah yang di sampingnya menjadi peneman melahirkan tawa menenggelamkan duka..

itulah seorang yang bernama SUAMI !!

sedarkah kamu wahai para suami....????

Bahawa.. betapa BERHARGAnya dia...

Dia isterimu..

kenali, fahami..dan hargailah dia...

Ya !! Dia isterimu..dunia dan akhirat..!

dia yang satu...



Tuesday, 18 September 2012

"...WARKAH UNTUK SUAMIKU..."


Ke ribaan suamiku yang tersayang…

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.

Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.

Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa suamiku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim…Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah.

Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak dirinya semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”“Ya Rabbi…Lembutkan hati suamiku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.

Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan pun masih bertemu. Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan.

Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup.

Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid. Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.

Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya.

Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.


Sayangku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

Monday, 20 August 2012

"...TAKDIR-MU..."



Kau penentu hidupku,
Walau dicemuh oleh orang disekelilingku,
Desakan demi desakan,
Tapi aku tetap dengan diriku,

Aku tetap hambaMu,
Yang mendambakan perhatianMu,
Meniti hari-hari dengan penuh cabaran,
Persoalan tidak pernah habis diselesaikan,
Aku terus merungkai persoalan ini,
Walau pun mempunyai seribu halangan didepan,

Perlahan-lahan menyelesaikannya
Bagaikan menarik rambut dalam tepung.
Adakah aku mampu melakukannya?
Terus berusaha untuk mengapai sebuah impian.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian,
Jangan berputus asa dengan RahmatNya,
Pelangi mungkin ada selepas hujan,
Mungkin juga tidak.

"...Allah, guide me way tO jannah..."

Tabahlah hati menempuh dugaan,
Yang tak pernah habis,
Sebelum dijemput Ilahi,
Adakah aku bersedia?

Alhamdulillah,
Engkau tunjukkan jalanMu,
Sebelum aku berharap kepada insan itu,
Engkau tunjuk keredhaanMu,

Andai ini Kisahku,
Aku terima takdirMu,
Dengan hati yang lapang,
Semoga yang lebih baik akan menyusul...


p/s >>> Allah, guide me way tO Your Jannah...





Friday, 17 August 2012

"...ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU..."



Andainya Ini Ramadhan Terakhir Buatku,
Kupohon kepada Ilahi agar segala kemanisan, kelazatan dan keindahannya dapat ku kecapi dengan wajah yang berseri-seri lagi penuh erti.

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir,
Inginku penuhi siangnya dengan amalan yang membersih hati
Inginku hiasi malamnya  dengan amalan yang menjernihkan sanubari

Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Hajatku, air mata ini benar-benar mengalir dengan penuh kehangatan lantaran keinsafan atas segala dosa-dosa, kekhilafan dan kesilapan yang lalu.

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan, rahmat, inayah dan taufiq daripada Allah SWT agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.

Para ulama mengambarkan Ramadhan umpama titisan air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Iannya bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan. Sahabat pembaca sekalian, marilah sama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan.

Hanya hati yang bersih,jernih dan putih sahaja mampu menerima jumlah air rahmat yang banyak daripada Ramadhan. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang melangkah kaki ke bulan Ramadhan dengan jiwa dan hati yang bersih.

Mudahan kita semua tergolongan dalam golongan manusia yang benar-benar beruntung.

Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku, ingin aku menadah sebanyak mungkin rahmat dan keberkatannya dengan hati penuh pengharapan, keimanan dan penghambaan.



Allah tetap berikan aku kekuatan untuk hidup...